Saturday, May 16, 2009

Terima kasih semua

Kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Boling Tertutup UKM bulan lepas, terima kasih di atas sokongan yang diberi,,,,,Kutipan amal yang dibuat berjumlah RM259.00 dan akan disalurkan kepada Tabung Amal Palestin.......terima kasih sekali lagi di atas kerjasama yang diberi,,,,
Saya bagi pihak semua ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari jika terdapat salah dan silap semasa penganjuran kejohanan tersebut, segala cacat cela yang terjadi akan cuba diperbaiki di lain kali, terima kasih di atas segala komen yang diberi, sekali lagi segala kepincangan ingin kami memohon maaf....diharap tuan puan akan terus memberi sokongan kepada kami di lain kali, segala komen akan dijadikan iktibar dan panduan untuk penambahbaikkan di pertandingan lain yang akan datang.

TERIMA KASIH SEMUA!!!!

Monday, April 6, 2009

OOPS, terlupa

Terima kasih kepada PM DR Zuria, Timbalan dekan Siswazah Fakulti Pendidikan yang sudi merasmikan penutup acara boling di samping menyampaikan hadiah.... Kehadiran PM Dr Zuria amat bermakna bagi kami. Di samping itu terima kasih kepada Dr Radzani di atas bimbingan beliau........
Terima kasih juga kepada DR Norlena, En Taib, Dr Tajul dan Pn Rozlina yang turut sama memberi sambutan kepada kejohanan ini, segala tunjuk ajar mereka akan kami jadikan iktibar

TQ all.......

TERIMA KASIH SEMUA

Salam kepada semua,

Pihak urusetia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Insyallah kami akan memaparkan keputusan rasmi dan gambar2 sekitar kejohanan boling tertutup ukm 2009 dalam sehari dua lagi... di samping itu, terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbang kepada kutipan amal tabung gaza.. insyallah keperihatinan tuan puan akan dibalas oleh Allah taala.

Terima kasih sekali lagi
anom

Saturday, April 4, 2009

tomorrow is the day

salam kepada semua yg telah mendaftar utk mengambil bahagian sila berada di metropoint kajang di ampang superbowl bermula jam 12 tgh utk pendaftaran...
sila bawa resit jika anda telah menerima resit bayaran, kpd yg sudah bayar tapi belum terima resit, akan menerima resitnya esok, jgn lupa kad matrik sebagai pengesahan anda warga ukm dan tolong maklumkan kepada partner anda utk hadir bersama-sama anda esok hari.
yang paling penting,,walaupun bermain utk menang...jgn lupa utk datang dengan semangat kesukanan anda dan agar pertandingan boling ini berjaya..
akhir sekali bergembira sambil beriadah

tq
anom

Monday, March 23, 2009

MAKLUMAN TERKINI

KEPADA MEREKA YANG TELAH MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN DAN MASIH BELUM MENJELASKAN YURAN PENYERTAAN, BOLEH MENGHUBUNGI ANOM DI 0192217262, BELIAU AKAN BERADA DI FAKULTI PENDIDIKAN, ESOK, SELASA 24 MAC ANTARA JAM 1- 2 PETANG. JIKA ADA APA2 KEMUSYKILAN ANDA BOLEH TERUS MENGHUBUNGI PN ANOM

TERIMA KASIH

URUSETIA

Thursday, March 19, 2009

Wednesday, March 18, 2009

YURAN PENYERTAAN!!! & MAKLUMAN TERKINI!!!

SALAM KEPADA SEMUA YG TELAH MENGHANTAR YURAN PENYERTAAN!!
DIMAKLUMKAN BAHAWA PERMOHONAN UNTUK MENYERTAI KEJOHANAN BOLING TERTUTUP UKM 2009 INI MASIH DIBUKA SEHINGGA 1 APRIL 2009
KEPADA MEREKA YG TELAH MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN SAMADA SECARA MENDAFTAR DI BLOG KAMI ATAU BERHUBUNG SENDIRI DENGAN RAMLAN ATAU SHIMA, SILA JELASKAN YURAN PENYERTAAN SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN IAITU PADA 1 APRIL 2009.

SILA HUBUNGI EN RAMLAN SENDIRI, (URUSETIA) UNTUK MENJELASKAN YURAN PENYERTAAN ANDA UNTUK MEMASTIKAN ANDA MENDAPAT TEMPAT DI DALAM KEJOHANAN INI

DIMAKLUMKAN JUGA BAHAWA HADIAH BAGI TEMPAT PERTAMA HINGGA KETIGA ADALAH WANG TUNAI. BAGI KEDUDUKAN KEEMPAT HINGGA KESEPULUH, BUAT MASA INI BERGANTUNG KEPADA JUMLAH PENYERTAAN BAGI KEJOHANAN INI. HARAP MAKLUM.